Tarikh1 September 2023 sehingga 30 November 2023
HariIsnin hingga Ahad
Tempoh masa11:00 malam hingga 5:00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:

Penutupan A: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 1 September 2023 sehingga 15 Oktober 2023.

Penutupan B: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Persada PLUS selepas tol Subang (arah Shah Alam / Kuala Lumpur) akan ditutup dari 16 Oktober 2023 sehingga 30 November 2023.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Kanan Projek                                                                                     : 011-10404515

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                          : 012-6546905

-->
Translate »