Tarikh5 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024
HariIsnin hingga Sabtu
Tempoh Masa10.00 malam hingga 6.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan projek LRT3
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan dan lencongan trafik berkala tersebut:

Peringkat 1: Tiga (3) laluan di atas jejembat Lebuh Bandar Utama (arah BU11) akan ditutup.

  Peringkat 2: Dua (2) laluan di atas jejembat Lebuh Bandar Utama (arah BU1) akan ditutup.

Peringkat 3: Dua (2) laluan di jalan susur ke Lebuh Bandar Utama (arah Damansara) akan ditutup.

Peringkat 4: Laluan paling kiri dan tengah di Lebuh Bandar Utama (arah BU11) akan ditutup.

Peringkat 5: Dua (2) laluan di Jalan Tanjung (arah Jalan Tanjung) akan ditutup.

Peringkat 6: Dua (2) laluan di Jalan Tanjung (arah Lebuh Bandar Utama) akan ditutup.

Peringkat 7: Tiga (3) laluan di Lebuh Bandar Utama (arah BU1) akan ditutup.

Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                      :019-283 5815  

-->
Translate »