Tarikh1 April 2024 hingga 1 Julai 2024
HariIsnin hingga Sabtu
Tempoh masa11.00 malam hingga 5.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3

Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dijalankan di lokasi berikut:

Penutupan 1: Jalan susur Lebuh Bandar Utama (arah BU11) ke Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhampiran Soon Meng Auto, laluan sebelah kiri Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Ming Tien, dan laluan sebelah kanan Lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Nissan Nikaijaya akan ditutup.

Penutupan 2: Laluan kanan jalan susur Lebuh Bandar Utama (arah BU11) ke lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhampiran Ming Tien, laluan kiri lebuhraya PLUS (arah Damansara) berhadapan Winho, kedua-dua laluan jalan susur Kayu Ara and kedua-dua laluan di Lebuhraya SPRINT (arah Damansara) berhadapan Petron akan ditutup.

Pada satu masa, hanya satu penutupan akan dilaksanakan. Lencongan trafik akan dijalankan dengan kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa depan semua.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vanessa Vivekananda, Pengurus Kanan Perhubungan Awam                                                                        : 019-283 5815  

-->
Translate ยป