Tarikh | 1 November 2024 hingga 30 November 2024 |
Hari | Jumaat hingga Ahad |
Tempoh Masa | 11.00 malam hingga 5.00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:
Penutupan A: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Klang).
Penutupan B: Lorong paling kanan di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang).
Penutupan C: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).
Pada satu masa, hanya satu (1) penutupan akan dilaksanakan. Pengguna lebuhraya dinasihatkan mematuhi papan tanda lencongan yang dipasang. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Chan Hooi Hong, Pengurus Projek : 016 – 5211960
Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam : 013 – 3017820