Tarikh | 10 Ogos 2020 hingga 17 Ogos 2020 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 10:00 malam hingga 6:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkah kerja-kerja pengalihan utiliti untuk projek LRT3 |
Penutupan laluan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat di setiap lokasi di bawah :
Penutupan A: Dua lorong di Jalan Langat (berhadapan rumah kedai di Jalan Remia 3, arah Banting) akan ditutup secara berperingkat pada tarikh berikut:
Tarikh: 10 Ogos 2020 hingga 11 Ogos 2020
Penutupan B: Lorong paling kanan dan tengah di Jalan Langat dan di Persiaran Batu Nilam 1 (berhadapan rumah kedai di Lorong Batu Nilam 21A, arah Klang)
Tarikh: 11 Ogos 2020 hingga 12 Ogos 2020
Penutupan C: Lorong paling kanan dan paling kiri di Persiaran Batu Nilam 1 (berhadapan tempat letak kereta Aeon Mall)
Tarikh: 12 Ogos 2020 hingga 13 Ogos 2020
Penutupan D: Laluan susur di Persiaran Batu Nilam 1, lorong paling kiri, kanan dan tengah di Jalan Langat (arah Klang berhadapan tempat letak kereta Aeon Mall)
Tarikh: 13 Ogos 2020 hingga 14 Ogos 2020
Penutupan E: Lorong paling kanan, kiri dan tengah di Jalan Langat (berhadapan rumah kedai Jalan Mahogani 5, arah Banting)
Tarikh: 14 Ogos 2020 hingga 15 Ogos 2020
Penutupan F: Lorong paling kiri dan laluan susur Jalan Mahogani dan lorong paling kanan di kedua-dua arah (berhadapan rumah Kedai Jalan Mahogani 5)
Tarikh: 15 Ogos 2020 hingga 16 Ogos 2020
Penutupan G: Lorong kanan dan laluan susur di Jalan Mahogani 5 (berhadapan rumah kedai Jalan Remia 3)
Tarikh: 16 Ogos 2020 hingga 17 Ogos 2020
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan
LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Irwandy Mohd Mahayudin, Construction Manager : 012 – 3754245
Raja Nazhatul Shima binti Raja Abdul Aziz, Pengurus Perhubungan Awam dan Pihak-Pihak Berkepentingan : 010 – 5597979