Dimaklumkan bahawa penutupan laluan paling kiri sepanjang Persiaran Dato’ Menteri (arah SIRIM) sejauh 4km dan penutupan laluan paling kiri sepanjang Persiaran Tasik (arah Pusat Bandar Shah Alam) sejauh 500m untuk kerja-kerja pengorekan untuk Transit Aliran Ringan (LRT3) akan dijalankan dari 1 Februari (Khamis) sehingga 15 Februari (Khamis) 2018.

Kerja-kerja pengorekan akan bermula dari jam 9:00 malam dan dijangka siap pada hari berikutnya pada jam 6:00 pagi sebelum waktu puncak selama empat belas (14) malam berturut-turut dan akan dilaksanakan dengan sertamerta di lokasi yang berkaitan.

Penutupan Laluan 1:
Laluan paling kiri sepanjang Persiaran Dato’ Menteri akan ditutup sejauh 4km selepas pintu masuk Pejabat Pos Besar Shah Alam sehingga tempat letak kereta terbuka PKNS.

Penutupan Laluan 2:
Laluan paling kiri sepanjang Persiaran Tasik akan ditutup sejauh 500m sehingga persimpangan menghala ke Pusat Bandar Shah Alam.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan paling kiri sepanjang Persiaran Dato’ Menteri dan
Persiaran Tasik:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Rashid Ibrahim, Pengurus Projek : 019 2973889
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 6899677

-->
Translate »