Dimaklumkan bahawa penutupan laluan di sepanjang Persiaran Kerjaya untuk kerja-kerja pengalihan utiliti dan pelebaran jalan akan dijalankan dari tarikh 5 Februari 2018 (Isnin) sehingga 4 Mei 2018 (Jumaat).

Kerja ini akan bermula secara berperingkat dari Masjid An Nur Temasya sehingga Accentra Glenmarie.
Kerja-kerja pengalihan utiliti dan pelebaran jalan akan bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Setiap penutupan laluan akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tersebut.

Penutupan Laluan:
Laluan paling kiri akan ditutup sementara waktu di sepanjang Persiaran Kerjaya menghala ke Shah Alam dan
Kuala Lumpur/Subang.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan paling kiri di Persiaran Kerjaya:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana
pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah
Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Ta Kok Chang, Pengurus Projek : 019-2653837
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905

-->
Translate »