Dimaklumkan bahawa sebahagian penutupan laluan di sepanjang Jalan Bridge 21/64 sejauh 500m untuk kerja-kerja awalan LRT3 seperti pengorekan, pengalihan utiliti, penyelidikan tanah dan pembersihan tapak akan dijalankan dari 13 Mac 2018 (Selasa) sehingga 14 Mei 2018 (Isnin).
Penutupan laluan dan lencongan trafik akan bermula dari jam 10:00 malam dan dijangka dibuka kepada orang awam pada 6:00 pagi hari berikutnya sebelum waktu puncak selama empat puluh lima (45) hari berkerja dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.
Semasa tempoh penutupan, pengguna jalan raya dari dan keluar daripada Jalan Bridge 21/64 akan dialihkan ke lorong bertentangan oleh pengawal lalu lintas dengan menggunakan kaedah aliran “STOP and GO” (seperti yang ditunjukkan dalam anak panah HIJAU di peta) dan papan tanda arah.
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan di Jalan Bridge 21/64:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Wan Cheen Chai, Pengurus Projek: 013-2892268
Nishaline Priya Pubalan, Pengurus Perhubungan Awam: 011-51858248
Emizatul Erma Ahmad, Penolong Pengurus, Perhubungan Awam: 018-7734679