Dimaklumkan bahawa penutupan laluan di sebahagian daripada Lorong 7A sejauh 100m untuk kerja-kerja awalan LRT3 seperti pengorekan, pengalihan utiliti, penyelidikan tanah dan pembersihan tapak akan dijalankan dari 13 Mac, 2018 (Selasa) sehingga 26 Mac, 2018 (Isnin).

Penutupan laluan akan bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang selama sepuluh (10) hari berkerja dan akan dilaksanakan dengan serta-merta di lokasi yang berkaitan.

Semasa tempoh penutupan, pengguna jalan raya dari Lorong 7A dan Lorong 7C akan dialihkan ke lorong bertentangan oleh pengawal lalu lintas dengan menggunakan kaedah aliran “STOP and GO” (seperti yang ditunjukkan dalam anak panah HIJAU di peta) dan papan tanda arah.

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan di Lorong 7A:

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Wan Cheen Chai, Pengurus Projek: 013-2892268
Nishaline Priya Pubalan, Pengurus Perhubungan Awam: 011-51858248
Emizatul Erma Ahmad, Penolong Pengurus, Perhubungan Awam: 018-7734679

-->