Dimaklumkan bahawa penutupan laluan akan dilaksanakan di sepanjang Persiaran Dato’ Menteri sejauh 1 km bermula selepas lampu isyarat persimpangan Persiaran Damai sehingga Shah Alam Convention Centre (SACC) dan penutupan juga akan berlaku di laluan paling kiri Persiaran Tasik (menuju ke Pusat Bandar).
Penutupan laluan akan dilakukan selama dua (2) tahun dan akan bermula dari 5 April 2018 (Khamis) sehingga 5 April 2020 (Ahad) dan akan dijalankan secara serta merta di lokasi yang ditetapkan.
Penutupan Jalan:
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan disekitar Persiaran Dato’ Menteri:
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan sila hubungi:
Rashid Ibrahim, Pengurus Projek: 03-552323727
Nur Adlina Abu Bakar, Penolong Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam: 03-552323727