Merujuk kepada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya, adalah dimaklumkan bahawa terdapat lencongan laluan di Jalan Meru, Klang, untuk menjalankan kerja-kerja pengalihan talian telco (Telekom) untuk LRT3 yang akan bermula dari 13 Ogos sehingga 15 Ogos 2018 selama tiga malam.
Fasa lencongan laluan di Jalan Meru, Klang adalah seperti berikut:
Fasa 1: 13 Ogos sehingga 14 Ogos 2018 (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Laluan paling kiri (menghala Setia Alam) di Jalan Meru akan ditutup bermula dari Your Hotel sehingga ke Syarikat Elektrik Tong Seng. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Persiaran Pulau Pinang akan dilencongkan mengikut jalan dalam seperti yang ditunjukkan anak panah HIJAU atau melencong ke kiri jalan selepas lampu isyarat seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU di dalam peta berikut.
Peta lencongan fasa 1.
Fasa 2: 15 Ogos 2018 (10:00 malam hingga 5:00 pagi)
Susur jalan berhadapan Syarikat Elektrik Tong Seng akan ditutup. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Persiaran Pulau Pinang akan di lencongkan seperti yang ditunjukkan anak panah BIRU dalam peta.
Peta lencongan fasa 2.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan sila hubungi:
Vanessa Song, Pengurus, Pegawai Perhubungan Awam : 012 – 232 3782
Nadia Rosli, Eksekutif, Pegawai Perhubungan Awam : 017 – 388 9357