Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara jalan akan dilaksanakan di jalan susur ke Jalan Tropicana Selatan 1 untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara jalan ini akan dilakukan selama 41hari, bermula dari 17 Disember 2018 sehingga 18 Februari 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat pada jam 10.00 malam sehingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Pengguna jalan raya yang ingin menggunakan jalan susur ke Jalan Tropicana Selatan 1 sebelum Plaza Tol Damansara (Arah Klang) akan dilencongkan oleh pemberi isyarat seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Wan Cheen Chai, Pengurus Pembinaan                                                                                                                      : 013-289 2268

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

 

 

 

 

-->
Translate »