Dimaklumkan bahawa penutupan laluan dan lencongan laluan di jalan keluar Tol Subang susur berhampiran stesen minyak Petronas dan Shell akan ditutup buat sementara waktu dari 30 Januari sehingga 3 April 2019.

Penutupan laluan ini akan dijalankan secara berperingkat bermula dari jalan keluar Tol Subang susur jalan masuk ke Petronas sehingga Plaza Glomac, bermula dari pukul 10:00 malam hingga 6:00 pagi, dari hari Isnin hingga Jumaat.

 

Peringkat 1

Penutupan sebahagian lorong kiri di pintu masuk dan pintu keluar stesen minyak Petronas dan Shell adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utility, termasuk pengalihan kabel TNB dan Telekom serta pemindahan paip air SYABAS.

 

Peringkat 2

Penutupan sebahagian lorong kiri di antara pintu masuk dan pintu keluar stesen minyak Petronas dan Shell dan berdekatan Plaza Glomac adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengalihan utiliti, termasuk pengalihan kabel TNB dan Telekom serta pemindahan paip air SYABAS.

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

 

Ta Kok Chang, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                           : 019-2653837

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                          : 012-6546905

 

-->