Dimaklumkan bahawa dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penutupan sementara laluan di sebahagian Jalan SS21/38, Damansara Utama akan dilaksanakan untuk kerja-kerja awalan projek LRT3.

Penutupan sementara laluan ini akan dilakukan selama 44 hari, bermula dari 25 Mac 2019 sehingga 26 Mei 2019, dari hari Isnin sehingga hari Jumaat, pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

 

Pengguna laluan ini akan dilencongkan oleh pemberi isyarat seperti ditunjukkan dengan anak panah HIJAU di dalam peta di bawah:

 

 

 

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ong Ken Kee, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                         : 019-663 2139

Vanessa Vivekananda, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                      : 019-283 5815

-->