SHAH ALAM, SELANGOR – 25 Julai 2020: MRCB George Kent Sdn Bhd (MRCBGK), selaku kontraktor utama Transit Aliran Ringan (LRT3) project, ingin mengumumkan bahawa Jalan Langat (arah Klang and Banting) kini dibuka kepada orang awam. Satu (1) lorong akan disediakan setiap arah untuk kenderaan ringan manakala kenderaan berat akan dilencongkan ke Lebuhraya KESAS (Shah Alam Expressway) dan South Klang Valley Expressway (SKVE).
Pihak kami sedang berusaha untuk menambah baik lalu lintas di kawasan tersebut melalui konsultasi rapat dengan Pihak Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan amat menghargai kesabaran semua pihak sementara kami menyiapkan LRT3 untuk kebaikan masa depan bersama, dan menambah baik pengangkutan awam di Lembah Klang. Pihak kami akan mengumumkan perkembangan kerja-kerja ini dari masa ke masa.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian LRT3 di 1 800 18 2585.
-TAMAT-
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Lim Siew May
Pengurus Media, Pihak Komunikasi Awam
MRCB George Kent Sdn Bhd
03-5033 6857
siewmay.lim@mrcbgk.com