Tarikh 6 Ogos 2020 hingga 5 Ogos 2021
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Kerja-kerja pelancaran “U-trough”, tiang tetopi sambut, struktur “steel truss” dan

kerja-kerja stesen bagi projek LRT3

 

Merujuk kepada kelulusan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jalan Meru (menghala ke Bandar Klang) akan ditutup secara berkala untuk melaksanakan kerja-kerja pelancaran “U-trough”, tiang tetopi sambut, struktur “steel truss” dan kerja-kerja stesen bagi projek LRT3.

Pengguna jalan raya dari Kapar yang ingin menghala ke Bandar Klang melalui Jalan Meru akan dilencongkan melalui aliran trafik “contra-flow” dari persimpangan Jalan Pasar Baru dan Jalan Meru hingga persimpangan Jalan Pekan Baru dan Jalan Meru.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kerja-kerja pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk kebaikan masa depan dan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

 

Untuk sebarang pertanyaan/aduan, sila hubungi:

 

Jason Ng, Pengurus Projek                                                                                                                                              : 012 – 651 1508

Vanessa Song, Pengurus Perhubungan Awam                                                                                                      : 012 – 232 3782

-->
Translate »