Tarikh | 30 Julai 2021 sehingga 18 Ogos 2021 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik bagi setiap peringkat:
Peringkat 1: Kedua dua jalan menghala ke Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 30 Julai 2021 sehingga 13 Ogos 2021
Peringkat 2: Lorong paling kanan di Persiaran Kerjaya dan lorong paling kiri di Jalan Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 31 Julai 2021 sehingga 14 Ogos 2021.
Peringkat 3: Dua (2) lorong di Jalan Lapangan terbang Subang menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup dari 1 Ogos 2021 sehingga 15 Ogos 2021
Peringkat 4: Dua (2) lorong menghala ke Lapangan Terbang Subang akan ditutup dari 2 Ogos 2021 sehingga 16 Ogos 2021.
Peringkat 5: Lorong paling kanan menghala ke Lapangan Terbang Subang dan dua (2) Lorong menghala ke two Lebuhraya Persukutuan akan ditutup dari 3 Ogos 2021 sehingga 17 Ogos 2021
Peringkat 6: Tiga (3) lorong menghala ke Kuala Lumpur akan ditutup dari 4 Ogos 2021 to 18 Ogos 2021.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dijalankan.
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Ahmad Asraf Ramadhan, Pengurus Projek : 017-9163212
Mohd Hanifah bin Harun, Koordinator Projek : 013-7351817