Tarikh 30 September 2021 sehingga 30 November 2021
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 pagi hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang

berkaitan dengan projek LRT3

 

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan laluan dan lencongan trafik:

 

Penutupan A: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang akan ditutup dari 30 September 2021 sehingga 19 Oktober 2021

 

Penutupan B: Laluan paling kiri dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan laluan kiri di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 20 Oktober 2021 sehingga 3 November 2021


Penutupan C: Laluan paling kanan dan tengah di NKVE berdekatan Kondominium Kelana D’Putera menghala ke tol Subang dan juga kedua-dua laluan di NKVE dari Shah Alam (arah Subang) akan ditutup dari 4 November 2021 sehingga 30 November 2021

 

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berha (PLUS) serta mengikuti garis panduan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dijalankan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                  : 012-5082908

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                 : 012-6546905

-->
Translate »