Tarikh | 15 Julai 2022 sehingga 30 September 2022 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 pagi hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang
berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Peringkat 1: Lorong paling kiri di Ramp D (DMR1.4) (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari dari 15 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022.
Peringkat 2: Lorong paling kanan dan lorong perlahan di Ramp D (DMR1.4) (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari dari 25 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Peringkat 3: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Shah Alam / Subang) akan ditutup dari dari 1 Ogos 2022 sehingga 15 Ogos 2022.
Peringkat 4: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 16 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022.
Peringkat 5: Lorong paling kanan, lorong tengah dan lorong perlahan (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 1 September 2022 sehingga 15 September 2022.
Peringkat 6: Lorong paling kiri, lorong perlahan dan lorong tengah (arah Kuala Lumpur / Sungai Buloh) akan ditutup dari 16 September 2022 sehingga 30 September 2022.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Projek Lebuhraya Usahaman Berhad (PLUS).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek : 012-5082908
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905