Tarikh 30 Ogos 2022 sehingga 30 November 2022
Hari Isnin hingga Ahad
Tempoh masa 11:00 malam hingga 5:00 pagi
Tujuan Untuk memudahkan kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan kerja-kerja yang

berkaitan dengan projek LRT3

Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:

Peringkat 1: Lorong paling kiri dan lorong tengah Jalan Lapangan Terbang Subang (arah Lapangan Terbang Subang), lorong paling kiri Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Persiaran Kerjaya dan dan lorong paling kanan menuju ke Jalan Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya NKVE akan ditutup dari 30 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Peringkat 2: Lorong paling kanan dan lorong tengah (arah Lapangan Terbang Subang), lorong paling kiri menuju ke Persiaran Kerjaya dan dan lorong paling kanan menuju ke Jalan Lapangan Terbang Subang dan Lebuhraya NKVE akan ditutup dari 1 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Peringkat 3: Lorong paling kanan dan lorong tengah kedua-dua arah dan lorong paling kiri Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Persiaran Kerjaya akan ditutup dari 1 November 2022 sehingga 30 November 2022.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kerjasama anda amat kami hargai kerana pembinaan LRT3 adalah untuk masa depan kita dan bagi meningkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Klang.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Yap Kok Fong, Pengurus Kanan Projek                                                                                                                  : 012-5082908

Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam                                                                 : 012-6546905

 

-->
Translate »