Tarikh | 3 April 2023 hingga 15 April 2023 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh masa | 11:00 malam hingga 5:00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek LRT3 |
Berikut adalah peta yang menunjukkan penutupan jalan dan lencongan trafik:
Peringkat 1: Laluan kiri di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum simpang LRT2 Glenmarie dan kedua-dua laluan di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) dari simpang LRT2 Glenmarie sehingga Temasya 8 menuju ke Shah Alam akan ditutup dari 3 April 2023 hingga 4 April 2023.
Peringkat 2: Laluan kiri di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum simpang LRT2 Glenmarie, laluan kiri di persimpangan lampu isyarat berhadapan dengan Glenmarie Garden di Persiaran Kerjaya dan kedua-dua laluan di Persiaran Kerjaya (arah Kuala Lumpur / Subang) dari Caltex sehingga simpang LRT2 Glenmarie menuju ke Kuala Lumpur / Subang akan ditutup dari 5 April 2023 hingga 6 April 2023.
Peringkat 3: Kedua-dua laluan di persimpangan lampu isyarat berhadapan DRB Hicom di Persiaran Kerjaya, semua laluan di Persiaran Kerjaya berdekatan EON Berhad sehingga simpang LRT2 Glenmarie (arah Shah Alam dan Subang / Kuala Lumpur), laluan kanan di Jalan Pengaturcara U1/51 (arah Kuala Lumpur/Subang) dan laluan kanan di Persiaran Kerjaya (arah Shah Alam) sebelum simpang LRT2 Glenmarie akan ditutup dari 7 April 2023 hingga 15 April 2023.
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling (JKR Petaling).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Mohamad Rasydi Awang Chik, Pengurus Projek : 011-10404515
Salmi Azuriza Che Ali, Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam : 012-6546905