Tarikh | 22 April 2024 hingga 7 Mei 2024 |
Hari | Isnin hingga Ahad |
Tempoh Masa | 10.00 malam hingga 6.00 pagi |
Tujuan | Untuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3 |
Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat seperti peta di bawah:
Peingkat 1: Lorong paling kiri di Jalan Langat (arah Klang) dan laluan susur Persiaran Batu Nilam 1 akan ditutup dari 22 April 2024 sehingga 23 April 2024.
Peringkat 2: Lorong paling kanan di Jalan Langat (arah Klang) akan ditutup dari 23 April 2024 sehingga 24 April 2024.
Peringkat 3: Lorong kanan dan tengah di Jalan Langat (arah Banting) akan ditutup dari 24 April 2024 sehingga 25 April 2024.
Peringkat 4: Lorong paling kiri dan tengah di Jalan Langat (arah Banting) serta lorong paling kiri, tengah dan laluan susur di Jalan Mahogani akan ditutup dari 25 April 2024 sehingga 26 April 2024.
Peringkat 5: Lorong paling kanan di Jalan Mahogani (arah Persiaran Mahogani and Persiaran Batu Nilam) akan ditutup dari 26 April 2024 sehingga 27 April 2024.
Peringkat 6: Lorong paling kiri dan laluan susur Jalan Langat (arah Banting) serta lorong paling kiri Jalan Mahogani akan ditutup dari 29 April 2024 sehingga 30 April 2024.
Peringkat 7: Lorong paling kanan dan tengah di Jalan Langat, (arah Banting) akan ditutup dari 1 Mei 2024 sehingga 2 Mei 2024.
Peringkat 8: Lorong paling kanan dan tengah di Jalan Langat, (arah Klang) akan ditutup dari 2 Mei 2024 sehingga 3 Mei 2024.
Peringkat 9: Lorong paling kiri dan tengah di Jalan Langat (arah Klang) dan laluan susur Persiaran Batu Nilam 1 akan ditutup dari 3 Mei 2024 sehingga 4 Mei 2024.
Peringkat 10: Lorong paling kanan di Persiaran Batu Nilam 1 (kedua-dua arah) akan ditutup dari 6 Mei 2024 sehingga 7 Mei 2024
Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Klang (JKR Klang).
Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.
Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:
Chan Hooi Hong, Pengurus Projek : 016 – 5211960
Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam : 013 – 3017820