Tarikh7 Jun 2024 hingga 10 Jun 2024
HariJumaat hingga Isnin
Tempoh Masa11.00 malam hingga 5.00 pagi
TujuanUntuk memudahkan kerja-kerja berkaitan projek LRT3

  Penutupan laluan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat seperti peta di bawah:

Peringkat 1: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Klang) dari 7 Jun 2024 sehingga 8 Jun 2024.

Peringkat 2: Lorong paling kanan di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur dan Klang) dari 8 Jun 2024 sehingga 9 June 2024.

Peringkat 3: Lorong paling kiri dan tengah di Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) akan ditutup dari 9 Jun 2024 sehingga 10 Jun 2024.

Kerja-kerja ini akan dilaksanakan dengan kelulusan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda semasa kami membina LRT3 untuk penambahbaikan masa hadapan semua.

Untuk sebarang pertanyaan / aduan, sila hubungi:

Chan Hooi Hong, Pengurus Projek                                                                     : 016 – 5211960

Saidatul Naquah Badrul, Perhubungan Awam                                                    : 013 – 3017820

-->
Translate »